PENGUMUMANProgram Agropreneur MudaTahniah kepada peserta yang telah menamatkan Latihan Kerja (On Job Training) di syarikat terpilih. Bagi telah ditawarkan pekerjaan. Tahniah di ucapkan. Bagi yang berhajat untuk menjadi seorang Usahawan Tani boleh menghubungi Urusetia MyFutureAgro bagi maklumat lanjut. Program Mobiliti Tenaga Kerja Sektor Awam (MyFutureAgro)Program Mobiliti Tenaga Kerja Sektor Awam (MyFutureAgro) Tarikh akhir: 1. Pendaftaran MyfutureAgro (kategori peserta): 1 November 2021 2. Pendaftaran MyfutureAgro (kategori syarikat): 1 November 2021 3. Pengambilan Peserta MyfutureAgro oleh Syarikat: 1 November 2021 Untuk makluman tempoh (bulan) Latihan Dalam Kerja akan berkurangan jika Syarikat membuat pengambilan peserta (MyFutureAgro) selepas bulan Mei 2021. MAKLUMAN PERMOHONAN SURAT KEBENARAN BEROPERASI BAGI SEKTOR YANG DIBENARKAN OLEH KERAJAAN SEPANJANG PKP BAGI TEMPOH 1- 14 JUN 2021 MELALUI PORTAL CIMS3Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan amat perihatin dengan situasi yang melanda Syarikat/Pertubuhan/Persatuan serta peserta yang terkesan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1: 01-14 Jun 2021. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengeluarkan arahan bagi permohonan pengoperasian sektor ekonomi hendaklah dipohon melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diseliakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Justeru, sektor-sektor ekonomi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan boleh mengakses portal CIMS 3.0 untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi sekiranya belum menerima kelulusan untuk beroperasi mulai 1 Jun 2021, melalui pautan notification.miti.gov.my: 2 Syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar di CIMS 3.0 tidak perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi bermula jam 8.00 malam, 31 Mei 2021. Bagi syarikat dalam sektor-sektor tersebut yang masih belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran bermula 8.00 pagi, 1 Jun 2021. Maklumat terperinci mengenai tatacara pendaftaran di CIMS3.0 (melalui pautan notification.miti.gov.my) boleh dilayari melalui www.miti.gov.my. Dengan perkembangan terbaharu ini, pergerakan pekerja bagi sektor-sektor tersebut boleh menggunakan: i. Surat CIMS 3.0 daripada MITI; dan ii. Surat pengesahan lantikan daripada majikan ATAU pas pekerja. MITI bersama MAFI dan Agensi yang terlibat komited dalam membantu melancarkan proses kebenaran beroperasi bagi sektor pertanian yang dibenarkan oleh Kerajaan. Untuk maklumat lanjut dan direktori Kementerian sila layari www.miti.gov.my. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI (MITI) KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN (MAFI) |